Cara Mengatasi Budaya Hedonisme
·
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi
masalah budaya hedonism ini dalam kalangan masyarakat .Oleh itu, kita sendiri
haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat mengelakkan diri daripada
terlibat daripada budaya ini.
i.
Mempunyai Nilai-Nilai Murni
Ø Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri
umat Islam amatlah penting. Hal ini adalah kerana masyarakat Islam menjalani arus
globalisasi pada masa kini, jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat
Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak
masih lagi kecil lagi. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan
perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi
kecil. Oleh itu, ibubapa haruslah mencorak titik-titik yang baik kepada
anak-anak supaya menjadi pewaris agama yang berjaya.
ii.
Gerakan Dakwah agama
Ø
Gerakan dakwah
perlulah dipertingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan
remaja. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai
pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara
mereka menyampaikan dakwah. Mereka haruslah mengetengahkan dakwah mereka
berkaitan dengan mengapa pengangan agama seseorang mudah luntur yang
menjeruskan kepada perkara yang tidak baik .Para pendakwah haruslah bijak dalam
mengatur strategi untuk memantapkan iman para remaja dengan menerangkan bahawa
agama Islam bukanlah agama yang membebankan atau menyusahkan mereka malahan
Islam adalah satu-atunya agama yang suci. Apabila mereka tiada pegangan agama
mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap
moden dan terkini.
iii.
Ibubapa Harus Menjadi Contoh
- Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik. Ibubapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan.
Tq, its really help me to do my hw👍
ReplyDeleteSame
DeleteTrue
ReplyDeletebruh
ReplyDeleteright
ReplyDeleteyou too
ReplyDeleteracist celah mana ntah , tiber jela dia ni
ReplyDeleteEren Yeager
ReplyDeleteb-baka
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebetui2 mana mai racist nya
ReplyDeleteThank you!
ReplyDelete