Kesan Negatif Budaya Hedonisme

                                  i.            Ianya akan menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat hidup yang sebenar. Oleh itu, ini akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi golongan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

                                ii.            Kesan negatif hedonisme juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Jika golongan para remaja terlibat dalam budaya ini ianya akan memburukkan lagi keadaan tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa.

                              iii.            Selain itu, ini akan menggagalkan lagi usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan. Golongan yang terlibat dengan budaya ini secara automatik akan menjejaskan perilaku akhlak seseorang.

                              iv.            Budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan remaja dan belia. Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

                                v.            Kerajaan juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membanteras masalah yang timbul berkaitan dengan gejala hedonisme ini. Dalam masa yang sama, ini akan membantut usaha dalam mencapai wawasan 2020.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Punca Berlaku Budaya Hedonisme

Cara Mengatasi Budaya Hedonisme