Punca Berlaku Budaya Hedonisme
·
Terdapat pelbagai punca budaya hedonisme ini menular dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini. Kita seharusnya tidak memandang remeh
dan mengambil mudah terhadap perkara ini kerana sememangnya budaya ini telah
menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita terutamanya
golongan remaja.
i.
Pengaruh Media Massa
Ø Melalui perkembangan media
massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan begitu
mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang
dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihah barat. Pelbagai konsep
dan cara hidup seperti cara hidup minum
arak, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas,parti liar dan sebagainya.
Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata
tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa
budaya ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini
terutamanya gelongan remaja.
ii.
Wujudnya
Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian
Ø Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan
remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap
dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan
kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara
bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme
merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan
yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak
lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila
penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.
iii.
Keruntuhan Institusi Kekeluargaan
Ø Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga
yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan
kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak
mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan
rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat
bahawa ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan
untuk tidak lagi menghabiskan masa bersama.
Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka
hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
iv.
Kurang Pengawalan atau Pengawasan
Ibubapa
Ø Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada
anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar
bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat
yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini
lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata
sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa
tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak mendapat perhatian dan kasih saying
yang sepenuhnya. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan
bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari
ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang
mengalami nasib yang sama.
v.
Kurang Pegangan Agama
Ø Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda
tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan
mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalissasi
dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga
ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan
ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilai-nilai murni
agar mendapat ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya
hedonisme .
sgt berguna utk saya
ReplyDeleteTq
ReplyDeletekurang didikan agama
ReplyDeletesangat berguna untuk saya membuat carian maklumat tentang hedonisme
ReplyDeletegempakkkk..sangat berguna !
ReplyDeletepengaruh rakan sebaya
ReplyDelete