Pandangan Dari Sudut Islam
i.
Islam tidak sependapat dengan pahaman
hedonisme, hedonisme hanyalah pengejar kenikmatan dan kesenangan sementara.
Dalam Islam tidak mengajarkan bahawa hal seperti ini, kutipan dalam terjemahan
Q.S Hud, ayat 116, yang berbunyi “ ..dan
orang-orang yang zalim hanya memeningkan kenikmatan yang mewah ada pada mereka,
dan mereka adalah orang-orang yang pendosa”.Dalam hal ini, budaya hedonisme
seolah olah telah menjadi ideologi bagi kaum muda yang tidak ada halangan lagi
untuk dilakukan.
ii.
Seorang ulama Timur Tengah ,Ali Syariati
pernah berkata tentangan terbesar bagi remaja muslim saat ini adalah budaya
hedonisme, kerana kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Beliau berpendapat bahawa budaya yang
bertentangan dengan islam ini digemari dan dijadikan sebagai gaya hidup bagi
golongan remaja masa kini. Ini menjauhkan mereka dari gaya hidup yang benar dan
beradab dari hukum Allah SWT.
iii.
Kebanyakan remaja saat ini lebih menyukai kesenangan sesaat
dibandingkan melihat kesan buruk dari hedonisme itu sendiri. Adanya kebebasan,
ramai remaja yang terjerumus dalam pergaulan bebas, dadah,minum arak, parti
liar dan seks bebas. Banyak sekali kesan buruk dari budaya hedonisme, oleh
sebab itu kita sebagai muslim yang baik, kita haruslah menjaga diri kita agar
tidak terjebak dalam kancah tersebut, untuk yang telah terjebak dalam budaya
hedonism, kita haruslah menghilangkan titik hitam dalam diri kita agar mampu
keluar dari putaran sesat tersebut, karena ianya akan menberikan kesan negatif
dalam diri kita yang akan menyebabkan pegangan agama kita akan luntur.
iv.
Sewaktu
Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala sosial dan amalan buruk seperti
minum arak, pelacuran, hiburan yang melampau dan berfoya-foya di kalangan
masyarakat Arab Jahiliah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh
perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya
melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan
mengemukakan konsep semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia akan dihitung
oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.
v.
Hedonisme mengikut Islam lebih mendekati ke
arah keseronokan yang disebut juga dengan al-lahwu. Menurut al-Jurjany 69 dalam
al-ta’rifat, beliau mendefinisikan al-lahwu sebagai sesuatu yang dianggap orang
ramai berseronokseronok atau bersuka ria dan terhibur dengannya.
Comments
Post a Comment